DARI MEJA PENGARAH

Selamat datang ke laman web rasmi Arena Tun Tuanku Haji Bujang (AT2HB), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Laman web ini dibangunkan sebagai suatu medium untuk AT2HB berkongsi maklumat berkaitan perancangan dan aktiviti yang dijalankan oleh AT2HB khususnya kepada seluruh warga universiti dan komuniti setempat amnya.

AT2HB sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan fasiliti sukan kepada pelanggan secara profesional dan penuh integriti. Apa yang diharapkan ialah pengguna dapat berkomunikasi dengan mudah serta mendapat perkhidmatan yang efisien dari seluruh warga AT2HB.

Akhir kata, semoga setiap maklumat yang disediakan di dalam laman web ini akan dapat memberi manfaat kepada pengguna ke arah memacu transformasi sukan universiti kepada yang lebih baik.

Sekian, terima kasih.
VICE CHANCELLOR

Tuan Haji Zambari Bin Haji Baijuri

Pengarah Arena Tun Tuanku Haji Bujang